Followers

Sunday 3 June 2012

SCHOOL HOLIDAY

Started 2nd June is school holiday at Malaysia... so to all student and all teacher i would like to wish 'happy holiday' to all of you .. and for new freshih to started go to matriks and college ....welcome to the new beginner for 'siswa n siswi ' ... all the best guys ... last weeks I travel from Malacca ---> kedah--->perak--->kedah--->perak-->Malacca ...very tired ... so long journey ... but I happy ... heeheheeeh:)ok guys take a good care ...

Wednesday 16 May 2012

Asam Rebus

Masak Asam Rebus Cara Melaka bahan ikan kembung (yg fresh ) atau ikut suka hati ikan mana nak cili mesin bawang merah kunyit air asam jawa garam/perasa cara masukkan ikan kedalam periuk , tumbuk kunyit bersama bawang merah dan masukkan dlm periuk , masukkan cili mesin (2-3 sudu) air asam jawa .. gaul bagi rata dan jerang atas dapur sampai masak ,sesuaikan rasa ... kalau nak tambah bendir ke , terung ker ok juga ..

Resepi Cencaluk

resepi cencaluk bahan cencaluk bawang besar cili padi (ikut suka ) air perahan limau cara bawang besar diracik halus masukkan cencaluk dalam bekas, bawang besar, cili padi,air perahan limau boleh dihidangkan bersama nasi , sedap makan bersama masak asam rebus , sayur dan ulam-ulaman selamat mencuba

sambal belacan

sambal belacan bahan-bahan 10 tangkai cili padi 3 tangkai cili merah (cili besar) sedikit belacan limau sambal caranya : belacan digoreng atau dibakar masukkan semua cili padi , cili besar, belacan kedalam lesung batu , tumbuk sampai lumat, pas tue belahkan limau dan perahkan airnya kedalam lesung batu ...kacau sebatu ... boleh dihidangkan ... selamat mencuba

Hukum Menggabungkan Puasa Qadha dan Puasa Sunat Enam Hari Di Bulan Syawal

“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.” [Sahih Muslim hadis no: 1164]. Hadis sahih ini menunjukkan betapa besarnya ganjaran pahala kepada sesiapa yang berpuasa sunat enam hari di bulan syawal. Telah menjadi kebiasaan bagi sesetengah orang terutamanya wanita, iaitu kecenderungan untuk menggabungkan puasa sunat enam syawal dengan puasa qadha, atau dengan istilah lebih mudah, puasa 2 dalam 1. Persoalannya, adakah amalan ini direstui oleh syarak atau sekadar pandangan segelintir ulama yang kemudiannya menjadi kebiasaan yang diterima pakai. Bicara ini hanyalah lanjutan hujah daripada beberapa orang tokoh agama Tanah Air, saya sekadar melebarluaskan pandangan mereka dengan menggunakan bahasa dan pendekatan tersendiri. Untuk memudahkan sahabat melakukan rujukan, akan saya sertakan link mereka nanti. Antara mereka yang saya maksudkan ialah Prof Dr Mahmud Zuhdi,seorang Pensyarah Akademi Pengajian Islam UM, Prof Madya Dr Abdul Hayei Abdul Sukor, bekas Pensyarah Akademi Pengajian Islam UM, juga penulis Tafsir Pimpinan Muttaqin, Dr. Abdul Basit Bin Haji Abdul Rahman, pensyarah di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra Kelantan (KIAS) dan juga Musyrif (Penyelia) Pondok Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan., Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri , bekas pensyarah di Jabatan Pengajian Arab & Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, UKM, dan sekarang ini diamanahkan sebagai Setiausaha Dewan Ulama Pas Pusat. Terus kepada tajuk, mengenai hal ini, ulama sebenarnya berbeza pendapat. Ada yang berpendapat, Ia boleh dilakukan dan ada juga ulama yang berpandangan sebaliknya, iaitu tidak boleh digabungkan antara puasa sunat syawal dengan puasa qadha. Tentang pandangan ulama yang mengharuskan, sahabat boleh langsung merujuk artikel yang ditulis oleh Prof Madya Dr Abdul Hayei Abdul Sukor( klik SINI). Cuma, secara ringkas, ulama yang berpandangan sebegini merumuskan, apa sahaja puasa yang dilakukan dalam bulan syawal(sama ada qadha, nazar atau apa sahaja), dianggap memenuhi kehendak puasa enam hari di bulan tersebut. Jadi pahala puasa sunat syawal akan diperolehi secara automatik apabila seseorang melakukan puasa qadha dalam bulan syawal, sama ada dia niat atau tidak diniatkan puasa sunat itu. Tentang persoalan niat pula, mereka berhujah bersandarkan dalil yang umum tentang niat, iaitu “ Amalan-amalan itu hanyalah berdasarkan niat-niat. Dan setiap orang mendapat hanya apa yang diniatkan.” (Hadis riwayat Bukhari no1 dan Muslim no 3530) Bentuk pengambilan dalilnya ialah: orang yang berpuasa tadi berniat kedua-duanya. Justeru, terhasillah pahala bagi kedua-duanya. Namun, menurut kebanyakan ulama, niat puasa yang mengabungkan antara Qadha dan puasa sunat Syawal hanya menjadikan ia sah untuk puasa qadha sahaja. Menurut Ibn Hazim pula kedua-duanya tidak sah. Hujah mereka ialah kerana kedua-dua ibadah tersebut merupakan ibadah yang dimaksudkan dan menjadi matlamat secara tersendiri. (Ibn Rajab al-Hanbali, al-Qawa`id, hlm. 24). Matlamat Puasa Qada Ramadhan adalah kerana meninggalkan puasa Ramadhan. Matlamat Puasa enam Syawal pula adalah ekoran daripada puasa wajib Ramadhan. Lebih lanjut tentang penjelasan ini, langsung sahaja membaca artikel yang ditulis oleh Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri (klik SINI) Menurut Dr. Abdul Basit Bin Haji Abdul Rahman, yang juga dikenali sebagai Abu Anas Madani, pandangan ulama yang membolehkan puasa dua dalam satu ini tidak bersandarkan mana-mana dalil al-Qur’an dan al-Sunnah. Sila rujuk artikel beliau (klik SINI) atau langsung ke web site Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra Kelantan ( klik KIAS) Secara peribadi saya amat tertarik dengan hujah yang diblontarkan oleh Prof Dr Mahmud Zuhdi. Beliau juga tidak menerima atau tidak mengharuskan amalan puasa dua dalam satu ini. Prof Dr Mahmud Zuhdi menegaskan amalan mengabungkan puasa qadha dengan puasa sunat enam syawal ini bercanggah dengan hadis yang bermaksud “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.” Umum mengetahui, MENGIRINGI membawa maksud berasingan dan bukannya digabungkan. Rasulullah saw mensyaratkan “berpuasa Ramadhan” terlebih dahulu, kemudian barulah “mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal”. Ini menunjukkan puasa sunat enam Syawal hanya dilaksanakan sesudah seseorang itu menggenapkan puasa Ramadhannya. Jika ada puasa Ramadhan ditinggalkan, ia perlu diqadha terlebih dahulu. Kemudian barulah diiringi dengan puasa sunat enam Syawal. Kata Prof Dr Mahmud Zuhdi lagi, ia ibarat seseorang yang ingin membayar hutang, namun dalam masa sama, duit itu ingin disedekahkan kepada orang memberi hutang kepadanya. Tentu sekali tidak dapat diterima, sebab hutang wajib dilunaskan manakala sedekah pula hanyalah amalan sunat. Kesimpulannya, eloklah dilaksanakan secara berasingan meskipun ada pendapat yang mengatakan ia boleh disatukan. Ambil jalan selamat di sebalik khilaf ulama. Selesaikan dahulu puasa ganti yang bertaraf wajib , kemudian barulah kita kejar puasa enam syawal yang bertaraf sunat. Segunung ibadat sunat tetap tidak mampu menandingi ibadat wajib. Jutaan solat sunat yang dilakukan tetap tidak bererti andainya solat fardhu tidak dilaksanakan. Segunung sedekah tiada maknanya andainya zakat diabaikan. Saya berminat sekali untuk perturunkan nasihat yang titipkan oleh Dr. Abdul Basit Bin Haji Abdul Rahman “Sempurnakan dahulu qadha beberapa hari yang tertinggal, kerana kita tidak tahu apakah hayat dan kesihatan yang ada akan berterusan sehingga kita dapat menunaikannya di masa hadapan.Bagi orang yang tidak sempat melakukan puasa sunat kerana sibuk dengan puasa wajib diharapkan Allah swt akan memberi ganjaran berdasarkan niat dan azamnya. Sebagaimana sabda Nabi saw: Maksudnya: “Apabila seorang hamba Allah sakit atau musafir (beliau tidak dapat melakukan amalan yang biasa dilakukannya) maka dituliskan baginya pahala seperti amalan yang biasa dilakukannya sewaktu tidak bermusafir dan sewaktu sihat” [Sahih Al-Bukhari no. 2834]”

Monday 14 May 2012

. . Company About Jobs Help Help System Tour Contact Us Alexa Tools for Site Owners Get a Site Audit for your site Create a Custom Toolbar Edit your site listing Related Services Free Website Content

Sunday 13 May 2012

'HARI IBU' SEKADAR KONGSI BERSAMA

Hari Ibu Adalah Haram Terima satu e-mail tentang Hari Ibu tak boleh sambut. Aku pun tak berani nak komen, sama seperti Hari Kekasih tak boleh sambut!!! Jika anda ada membaca tentang entri aku tentang Hari Ibu atau Hari Kekasih pasti mengetahui pandangan aku. Segala pelakuan kita semua tentang "niat" atau tujuan. Kalau kita nak sambut hari Ibu kerana kita sayangkan ibu kita..apa salahnya. Itu pendapat saya. Walau apapun , sebagai pihak berkecuali tidak ada salahnya jika kita mengetahui asal usul hari Ibu ini. Janganlah kita buta mengikut semua perayaan tanpa tahu tujuan dan asalnya. SILA BACA ARTIKEL DI BAWAH INI: Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan. Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut. Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja. Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia. Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia. Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

link to facebook

Thursday 10 May 2012

COLLECTION SETEM MALAYSIA & SINGAPORE

Dear Friends,

i would like to annouce that i will have colecction setem from Malaysia and Singapore . If you are interested , please reply to me .

regards.

Wednesday 9 May 2012

my heart

today is thursday for this weeks , it so very fast ..already second weeks in the May 2012..so  i still thinking ...n thinking .. why human always blame another person .. why its so hard to  admit mistake ..
so , today my story is about m y working place ... its so very ..very not interesting to know /... emm jst want to sickness my heart ...

Tuesday 8 May 2012

Dunia ku

Hari ini dunia semakin hari semakin menjadi haru , kacau bilau dengan bencana alam , tunjuk perassan ,perang saudara , ... pun begitu ada juga dunia yang aman kat muka bumi ini ... dengan kehidupan yang selesa... (ya ke)... hehehee.. makan ,pakai , semuanya cukup..:) semestinya ler Negaraku Malaysia .... wei bangga ler sikit jadi warga Malaysia .. semoga keamanan ini , kedamaian ini, ketenangan ini akan kekal mengiringi hidup kita ... aminnnn